10 Dec 2011

Latihan Bijak Pintar.


Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Pada setiap hujung minggu, Afif akan membantu neneknya menjual kuih di tepi jalan. Dia tidak pernah berasa malu membantu neneknya itu. Neneknya selalu memberikan wang sebagai upah kepada Afif, tetapi dia tidak mengambil wang itu kerana dia membantu dengan ikhlas.
            Sebelum pergi ke sekolah, Afif akan bersalaman dengan neneknya. Afif sangat sayang akan neneknya. Pada malam hari, Afif rajin mengulang kaji pelajaran. Walaupun dia masih berada di tahun empat, tetapi dia membuat persediaan  awal untuk menghadapi UPSR.
            Di sekolah, Afif sangat dikagumi oleh rakan sebaya dan guru-gurunya. Dia sering membantu rakan-rakan yang menghadapi kesulitan. Dia akan membaca buku sementara menunggu guru masuk ke kelas. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi ayam tambatan bagi pasukan bola di sekolahnya. Di berharap suatu hari nanti, dia akan dapat mewakili negara dalam permainan tersebut.

No comments: