25 Nov 2011

Huraian Nilai Murni

BIL
NILAI MURNI
HURAIAN
CONTOH AKTIVITI
1
Baik hati
Mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka.
·         Member pinjaman sesuatu barang kepada rakan yang memerlukan.
·         Menziarahi rakan yang sakit atau ditimpa kemalangan.
2
Berdikari
Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain
·         Melakukan tugasan tertentu tanpa banyak bantuan daripada orang lain.
·         Merancang dan menguruskan sesuatu aktiviti tanpa bantuan daripada orang lain.
3
Hemah tinggi
Budi pekerti yang diamalkan oleh seseorang
·         Mempamerkan tingkahlaku sopan santun.
·         Beramah mesra dengan semua lapisan masyarakat di dalam dan luar sekolah.
4
Hormat menghormati
Menghargai dan memuliakan seseorang serta member layanan yang sewajarnya
·         Bertegur sapa dan member ucapan salam semasa bertemu
·         Member hormat kepada ibu bapa sebelum pergi ke sekolah
5
Kasih sayang
Perasaan kasih dan saying yang mendalam yang lahir dari hati yang mulia dan ikhlas
·         Belajar secara berkumpulan
·         Membuat kerja amal
·         Pungut derma dan barangan terpakai untuk yang memerlukan
6
Keadilan
Memberi  layangan yang sama dan tidak berat sebelah
·         Mengagihkan tugasan sama rata antara pelajar.
·         Mendamaikan dua pihak yang berselisih faham.
·         Member layanan yang sama antara pelajar
7
Kebebasan
Boleh melakukan sesuatu asalkan mengikut peraturan sekolah, negara dan agama
·         Kebebasan melakukan dan membincangkan sesuatu perkara.
·         Lantikan sesuatu jawatan melalui pengundian.
8
Keberanian
Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati
·         Menyertai sebarang pertandingan
·         Menyertai aktiviti kembara seperti berkhemah di hutan, dan mengharung sungai.


BIL
NILAI MURNI
HURAIAN
CONTOH AKTIVITI
9
Kebersihan Fizikal
Kebersihan diri, alam sekitar, pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian
·         Kebersihan pakaian dan diri
·         Bergotong-royong membersihkan kelas, sekolah, rumah, dan kampong.

10
Kejujuran
Niat yang baik, amanah, jujur, dan tidak mengharap balasan
·         Memulangkan barang-barang seperti dompet wang atau barang-barang yang berharga kepada tuannya.
11
Kerajinan
Usaha berterusan, penuh dengan semangat, ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi
·         Menghias dan membersihkan kelas serta sekolah secara beramai-ramai atau bergotong-royong
12
Kerjasama
Sesuatu kerja dilakukan bersama di peringkat individu, masyarakat dan negara
·         Membantu rakan yang sedang bertugas
·         Belajar secara berpasangan atau berkumpulan
·         Mewujudkan pasukan penyokong di peringkat rumah, kelas, sekolah dalam sesuatu pertandingan sukan.
13
Kesederhanaan
Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan
·         Berjimat cermat dan menabung
·         Menggalakan sumbangan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti sekolah.
14
Kesyukuran
Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas segala nikmat yang diterima
·         Amalan berdoa dan memohon keredaan Tuhan dalam apa jua usaha.
·         Majlis kesyukuran setiap kali kejayaan dicapai.
15
Rasional
Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata / memikirkan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya.
·         Pelajar berbahas dan bersyarah tentang sesuatu tajuk yang mencabar daya imaginasi, inovasi serta fikiran.
·         Program keinsafan seperti meminta banduan menceritakan sejarah hitam dalam hidupnya.
16
Semangat bermasyarakat / kejiranan
Semangat suka membantu serta member khidmat secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau upah daripada komuniti
·         Aktiviti gotong-royong peringkat sekolah yang melibatkan PIBG
·         Membantu orang sakit atau ditimpa kemalangan
·         Melawat kawasan di luar sekolah seperti kilang-kilang yang berhampiran
·         Member khidmat sukarela di rumah kebajikan, rumah orang tua, rumah orang buta dan hospital.
·         Gotong-royong kenduri
·         Beri makan kepada jiran/tolong jiran
·         Ziarah kematian – ucap takziah