10 Dec 2011

Contoh Cara Menjawab Soalan Bahagian C ( Penulisan )


Contoh 1
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

            Jalan raya agak sesak ketika itu. Najihah sedang melalui jejantas yang merentas jalan utama itu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang pengemis menadah tangan kepadanya. Dia berasa kasihan. Dia menyeluk sakunya. Ada beberapa keeping syiling baki wang sakunya hari ini. Pengemis itu mengucapkan terima kasih apabila Najihah menghulurkan wang tersebut.
            Najihah meneuruni jejantas itu. Dia lihat ramai orang menunggu bas di situ. Dia menunggu dengan sabar. Dia membaca majalah yang baru dibelinya sambil menunggu bas.
            Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Najihah beratur menunggu gilirannya menaiki bas. Nasibnya agak baik kerana mendapat tempat duduk. Dia meneruskan bacaannya.
            Di pertengahan jalan, bas itu berhenti. Seorang wanita mengandung dan anak kecilnya menaiki bas tersebut. Najihah berasa kasihan. Dia segera bangun lalu mempelawa wanita tersebut duduk di tempat duduknya. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Najihah.

Contoh Jawapan
Kita sewajarnya  baik hati seperti Najihah yang memberikan baki wang sakunya kepada pengemis. Selain itu, kita mestilah menghargai masa seperti Najihah yang membaca sementara menunggu bas. Tambahan pula, kita sepatutnya berdisiplin seperti beratur ketika menaiki bas. Kita hendaklah perihatin seperti Najihah yang memberikan tempat duduknya kepada ibu yang mengandung. Kita perlulah menghargai orang lain seperti pengemis dan ibu mengandung yang mengucapkan terima kasih .




Contoh 2
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

Ibu menyuruh Amni pergi ke kedai Pak Azman untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Amni segera pergi ke kedai Pak Azman dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikalnya berhati-hati kerana jalan ke kedai itu kurang baik.  Lagipun, ada sesetengah anak muda di kampungnya itu suka menunggang motosikal dengan laju.
            Setibanya di kedai, diapun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Apabila sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Amni kerana cepat pulang dengan membawa bersama-sama barang yang dipesan.
            Ibunya juga memberikan wang baki itu kepada Amni. Amni mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Amni tersenyum keriangan kerana duit tabungnya semakin bertambah.

Contoh Jawapan.
            Kita perlulah  menghargai masa seperti Amni yang terus ke kedai Pak Azman apabila disuruh oleh ibunya. Selain itu, kita hendaklah berwaspada seperti mengayuh basikal berhati-hati. Kita mestilah amanah sepeti Amni yang menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Kita sewajarnya bersikap pemurah seperti ibu Amni yang memberinya duit .Kita sepatutnyah bersikap menghargai seperti Amni yang mengucapkan terima kasih kepada ibunya.

Bahagian 1 - Panduan Menjawab Bahagian C


Bagi memulakan sesuatu ayat untuk menjawab Bahagian C, perkataan-perkataan berikut digunakan;
1)    Kita mestilah…..
2)    Kita perlulah…
3)    Kita sepatutnya…
4)    Kita sewajarnya…
5)    Kita juga…
6)    Kita tidak boleh…
7)    Kita tidak seharusnya…
8)    Kita tidak sepatutnya….

Bagi menyambung satu ayat dengan ayat yang lain penanda wacana bolrh digunakan;
A)   Menunjukkan maklumat yang bertentangan
i)                     Walau bagaimanapun….
ii)                  Namun begitu
iii)                Sungguhpun…
iv)                Meskimpun……
v)                  Namun
B)   Menunjukkan sesuatu yang semakin bertambah atau semakin baik
i)             Lagipun…
ii)            Tambahan lagi…
iii)           Lebih-lebih lagi….
C)   Menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukan serentak
i)             Di samping itu……
ii)            Selain itu……….

25 Nov 2011

Panduan Untuk Murid

NILAI MURNI
PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA
MENJAGA KEBERSIHAN
Menjaga kebersihan diri/ rumah/ sekolah/ alam sekitar/ menebas rumput/ membakar sampah
MENJAGA KESIHATAN
Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/ bersukan/ berjogging/ bermain badminton
MENJAGA KESELAMATAN
Berhati-hati/ memeriksa kenderaan/ memandang ke kiri dan kanan/ memakai topi keledar
SEMANGAT PATRIOTIK
Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/ tempat-tempat bersejarah
TABAH/ SABAR/ CEKAL
Tidak kecewa dengan kematian/ kesusahan/ dugaan/ diejek/ dihina/ dibuli
PERAMAH /MESRA
Bertanya khabar/ menyapa kawan
IKHLAS
Menolak ganjaran/ pemberian/ melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
KASIH SAYING / SIMPATI
Memeluk anak/ cucu kerana lama tidak berjumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin.
RASIONAL
Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
TAAT / PATUH
Mengikut arahan / nasihat ibu bapa dan guru/ mengikut peraturan
SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN
Gotong-royong kenduri/ ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran
BERTANGGUNGJAWAB
Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas/ menegur perbuatan negatif
BERDIKARI
Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/ gosok baju/ basuh kasut/ kemas bilik atau tempat tidur sendiri.
RAJIN
Mengulangkaji pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan
TOLONG-MENOLONG
Membantu ibu pergi ke kedai/ membasuh pinggan/ mengajar rakan/ member derma/ tolong guru di sekolah/ membantu orang yang dalam kesusahan
BEKERJASAMA
Bergotong-royong/ bermain dengan bersungguh-sungguh/ bermuafakat/ berbincang/ berganding bahu/berpadu tenaga/ bersama-sama/ bergilir-gilir/ bersepakat
BAIK HATI
Memaafkan kesalahan/ menolong orang/ menghulurkan derma/ belanja kawan makan/ tidak berdendam
PEMURAH / MURAH HATI
Member hadiah/ menghulurkan derma/ belanja kawan atau keluarga makan/ menolong/ membantu/ berkongsi
JUJUR
Bercakap benar/ mengakui kesalahan/ tidak mengambil harta benda orang lain/ memulangkan/ menyerahkan/ mengembalikan barang yang bukan hak kita
AMANAH
Melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/ menyimpan rahsia/ wang yang diamanahkan.
RELA/ SANGGUP BERKORBAN
Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela
MENGHARGAI MASA
Bangun awal/ membaca buku/ mengulangkaji pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan.
MENGHARGAI/ MEMBALAS JASA
Mengucapkan terima kasih/ memuji kebaikan/ memberikan hadiah/ member ganjaran/ duit
PRIHATIN
Menolong orang/ menghulurkan bantuan/menderma/ menyumbang/ mengutip sampah di atas lantai/ menegur perbuatan yang salah
BERDISIPLIN
Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang