3 Dec 2015
10 Dec 2011
Latihan Bijak Pintar.
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Pada setiap hujung minggu, Afif akan membantu neneknya menjual kuih di tepi jalan. Dia tidak pernah berasa malu membantu neneknya itu. Neneknya selalu memberikan wang sebagai upah kepada Afif, tetapi dia tidak mengambil wang itu kerana dia membantu dengan ikhlas.
Sebelum pergi ke sekolah, Afif akan bersalaman dengan neneknya. Afif sangat sayang akan neneknya. Pada malam hari, Afif rajin mengulang kaji pelajaran. Walaupun dia masih berada di tahun empat, tetapi dia membuat persediaan awal untuk menghadapi UPSR.
Di sekolah, Afif sangat dikagumi oleh rakan sebaya dan guru-gurunya. Dia sering membantu rakan-rakan yang menghadapi kesulitan. Dia akan membaca buku sementara menunggu guru masuk ke kelas. Selain itu, dia juga aktif dalam bidang kokurikulum dan menjadi ayam tambatan bagi pasukan bola di sekolahnya. Di berharap suatu hari nanti, dia akan dapat mewakili negara dalam permainan tersebut.
Contoh Cara Menjawab Soalan Bahagian C ( Penulisan )
Contoh 1
Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.
Panjangnya jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Jalan raya agak sesak ketika itu. Najihah sedang melalui jejantas yang merentas jalan utama itu. Tiba-tiba, dia terlihat seorang pengemis menadah tangan kepadanya. Dia berasa kasihan. Dia menyeluk sakunya. Ada beberapa keeping syiling baki wang sakunya hari ini. Pengemis itu mengucapkan terima kasih apabila Najihah menghulurkan wang tersebut.
Najihah meneuruni jejantas itu. Dia lihat ramai orang menunggu bas di situ. Dia menunggu dengan sabar. Dia membaca majalah yang baru dibelinya sambil menunggu bas.
Tidak lama kemudian, bas yang ditunggu-tunggu pun tiba. Najihah beratur menunggu gilirannya menaiki bas. Nasibnya agak baik kerana mendapat tempat duduk. Dia meneruskan bacaannya.
Di pertengahan jalan, bas itu berhenti. Seorang wanita mengandung dan anak kecilnya menaiki bas tersebut. Najihah berasa kasihan. Dia segera bangun lalu mempelawa wanita tersebut duduk di tempat duduknya. Wanita itu mengucapkan terima kasih kepada Najihah.
Contoh Jawapan
Kita sewajarnya baik hati seperti Najihah yang memberikan baki wang sakunya kepada pengemis. Selain itu, kita mestilah menghargai masa seperti Najihah yang membaca sementara menunggu bas. Tambahan pula, kita sepatutnya berdisiplin seperti beratur ketika menaiki bas. Kita hendaklah perihatin seperti Najihah yang memberikan tempat duduknya kepada ibu yang mengandung. Kita perlulah menghargai orang lain seperti pengemis dan ibu mengandung yang mengucapkan terima kasih .
Contoh 2
Tulis lima nilai yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah.
Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.
Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.
Ibu menyuruh Amni pergi ke kedai Pak Azman untuk membeli tepung dan gula. Tanpa membantah dan membuang masa, Amni segera pergi ke kedai Pak Azman dengan menunggang basikalnya. Dia mengayuh basikalnya berhati-hati kerana jalan ke kedai itu kurang baik. Lagipun, ada sesetengah anak muda di kampungnya itu suka menunggang motosikal dengan laju.
Setibanya di kedai, diapun membeli tepung dan gula. Setelah urusan tersebut selesai, dia terus balik tanpa singgah di mana-mana. Apabila sampai di rumah, dia menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Ibunya memuji Amni kerana cepat pulang dengan membawa bersama-sama barang yang dipesan.
Ibunya juga memberikan wang baki itu kepada Amni. Amni mengucapkan terima kasih kepada ibunya lalu menyimpan wang itu ke dalam tabung. Amni tersenyum keriangan kerana duit tabungnya semakin bertambah.
Contoh Jawapan.
Kita perlulah menghargai masa seperti Amni yang terus ke kedai Pak Azman apabila disuruh oleh ibunya. Selain itu, kita hendaklah berwaspada seperti mengayuh basikal berhati-hati. Kita mestilah amanah sepeti Amni yang menyerahkan tepung, gula dan wang baki kepada ibunya. Kita sewajarnya bersikap pemurah seperti ibu Amni yang memberinya duit .Kita sepatutnyah bersikap menghargai seperti Amni yang mengucapkan terima kasih kepada ibunya.
Bahagian 1 - Panduan Menjawab Bahagian C
Bagi memulakan sesuatu ayat untuk menjawab Bahagian C, perkataan-perkataan berikut digunakan;
1) Kita mestilah…..
2) Kita perlulah…
3) Kita sepatutnya…
4) Kita sewajarnya…
5) Kita juga…
6) Kita tidak boleh…
7) Kita tidak seharusnya…
8) Kita tidak sepatutnya….
Bagi menyambung satu ayat dengan ayat yang lain penanda wacana bolrh digunakan;
A) Menunjukkan maklumat yang bertentangan
i) Walau bagaimanapun….
ii) Namun begitu
iii) Sungguhpun…
iv) Meskimpun……
v) Namun
B) Menunjukkan sesuatu yang semakin bertambah atau semakin baik
i) Lagipun…
ii) Tambahan lagi…
iii) Lebih-lebih lagi….
C) Menunjukkan sesuatu perkara yang dilakukan serentak
i) Di samping itu……
ii) Selain itu……….
25 Nov 2011
Panduan Untuk Murid
NILAI MURNI | PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA |
MENJAGA KEBERSIHAN | Menjaga kebersihan diri/ rumah/ sekolah/ alam sekitar/ menebas rumput/ membakar sampah |
MENJAGA KESIHATAN | Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/ bersukan/ berjogging/ bermain badminton |
MENJAGA KESELAMATAN | Berhati-hati/ memeriksa kenderaan/ memandang ke kiri dan kanan/ memakai topi keledar |
SEMANGAT PATRIOTIK | Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/ melawat Tugu Negara/ tempat-tempat bersejarah |
TABAH/ SABAR/ CEKAL | Tidak kecewa dengan kematian/ kesusahan/ dugaan/ diejek/ dihina/ dibuli |
PERAMAH /MESRA | Bertanya khabar/ menyapa kawan |
IKHLAS | Menolak ganjaran/ pemberian/ melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan |
KASIH SAYING / SIMPATI | Memeluk anak/ cucu kerana lama tidak berjumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin. |
RASIONAL | Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya |
TAAT / PATUH | Mengikut arahan / nasihat ibu bapa dan guru/ mengikut peraturan |
SEMANGAT BERMASYARAKAT / KEJIRANAN | Gotong-royong kenduri/ ziarah jiran sakit Ziarah kematian – ucap takziah Beri makanan kepada jiran / tolong jiran |
BERTANGGUNGJAWAB | Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas/ menegur perbuatan negatif |
BERDIKARI | Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/ gosok baju/ basuh kasut/ kemas bilik atau tempat tidur sendiri. |
RAJIN | Mengulangkaji pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan |
TOLONG-MENOLONG | Membantu ibu pergi ke kedai/ membasuh pinggan/ mengajar rakan/ member derma/ tolong guru di sekolah/ membantu orang yang dalam kesusahan |
BEKERJASAMA | Bergotong-royong/ bermain dengan bersungguh-sungguh/ bermuafakat/ berbincang/ berganding bahu/berpadu tenaga/ bersama-sama/ bergilir-gilir/ bersepakat |
BAIK HATI | Memaafkan kesalahan/ menolong orang/ menghulurkan derma/ belanja kawan makan/ tidak berdendam |
PEMURAH / MURAH HATI | Member hadiah/ menghulurkan derma/ belanja kawan atau keluarga makan/ menolong/ membantu/ berkongsi |
JUJUR | Bercakap benar/ mengakui kesalahan/ tidak mengambil harta benda orang lain/ memulangkan/ menyerahkan/ mengembalikan barang yang bukan hak kita |
AMANAH | Melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/ menyimpan rahsia/ wang yang diamanahkan. |
RELA/ SANGGUP BERKORBAN | Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/ secara sukarela |
MENGHARGAI MASA | Bangun awal/ membaca buku/ mengulangkaji pelajaran/ mengemas rumah/ buat kerja rumah/ buat jadual waktu belajar/ menyiapkan kerja sekolah/ buat latihan. |
MENGHARGAI/ MEMBALAS JASA | Mengucapkan terima kasih/ memuji kebaikan/ memberikan hadiah/ member ganjaran/ duit |
PRIHATIN | Menolong orang/ menghulurkan bantuan/menderma/ menyumbang/ mengutip sampah di atas lantai/ menegur perbuatan yang salah |
BERDISIPLIN | Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang |
Huraian Nilai Murni
BIL | NILAI MURNI | HURAIAN | CONTOH AKTIVITI |
1 | Baik hati | Mengambil berat tentang kebajikan orang lain dan memahami perasaan mereka. | · Member pinjaman sesuatu barang kepada rakan yang memerlukan. · Menziarahi rakan yang sakit atau ditimpa kemalangan. |
2 | Berdikari | Kesanggupan dan kebolehan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain | · Melakukan tugasan tertentu tanpa banyak bantuan daripada orang lain. · Merancang dan menguruskan sesuatu aktiviti tanpa bantuan daripada orang lain. |
3 | Hemah tinggi | Budi pekerti yang diamalkan oleh seseorang | · Mempamerkan tingkahlaku sopan santun. · Beramah mesra dengan semua lapisan masyarakat di dalam dan luar sekolah. |
4 | Hormat menghormati | Menghargai dan memuliakan seseorang serta member layanan yang sewajarnya | · Bertegur sapa dan member ucapan salam semasa bertemu · Member hormat kepada ibu bapa sebelum pergi ke sekolah |
5 | Kasih sayang | Perasaan kasih dan saying yang mendalam yang lahir dari hati yang mulia dan ikhlas | · Belajar secara berkumpulan · Membuat kerja amal · Pungut derma dan barangan terpakai untuk yang memerlukan |
6 | Keadilan | Memberi layangan yang sama dan tidak berat sebelah | · Mengagihkan tugasan sama rata antara pelajar. · Mendamaikan dua pihak yang berselisih faham. · Member layanan yang sama antara pelajar |
7 | Kebebasan | Boleh melakukan sesuatu asalkan mengikut peraturan sekolah, negara dan agama | · Kebebasan melakukan dan membincangkan sesuatu perkara. · Lantikan sesuatu jawatan melalui pengundian. |
8 | Keberanian | Kesanggupan seseorang untuk menghadapi cabaran dengan yakin dan tabah hati | · Menyertai sebarang pertandingan · Menyertai aktiviti kembara seperti berkhemah di hutan, dan mengharung sungai. |
| BIL | NILAI MURNI | HURAIAN | CONTOH AKTIVITI |
| 9 | Kebersihan Fizikal | Kebersihan diri, alam sekitar, pertuturan, perlakuan, pemikiran dan kerohanian | · Kebersihan pakaian dan diri · Bergotong-royong membersihkan kelas, sekolah, rumah, dan kampong. |
| 10 | Kejujuran | Niat yang baik, amanah, jujur, dan tidak mengharap balasan | · Memulangkan barang-barang seperti dompet wang atau barang-barang yang berharga kepada tuannya. |
| 11 | Kerajinan | Usaha berterusan, penuh dengan semangat, ketekunan, kecekalan, kegigihan dan dedikasi | · Menghias dan membersihkan kelas serta sekolah secara beramai-ramai atau bergotong-royong |
| 12 | Kerjasama | Sesuatu kerja dilakukan bersama di peringkat individu, masyarakat dan negara | · Membantu rakan yang sedang bertugas · Belajar secara berpasangan atau berkumpulan · Mewujudkan pasukan penyokong di peringkat rumah, kelas, sekolah dalam sesuatu pertandingan sukan. |
| 13 | Kesederhanaan | Sikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan | · Berjimat cermat dan menabung · Menggalakan sumbangan pelbagai pihak bagi menjayakan aktiviti sekolah. |
| 14 | Kesyukuran | Perasaan dan perlakuan yang dilahirkan secara ikhlas atas segala nikmat yang diterima | · Amalan berdoa dan memohon keredaan Tuhan dalam apa jua usaha. · Majlis kesyukuran setiap kali kejayaan dicapai. |
| 15 | Rasional | Boleh berfikir berdasarkan alasan bukti yang nyata / memikirkan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya. | · Pelajar berbahas dan bersyarah tentang sesuatu tajuk yang mencabar daya imaginasi, inovasi serta fikiran. · Program keinsafan seperti meminta banduan menceritakan sejarah hitam dalam hidupnya. |
| 16 | Semangat bermasyarakat / kejiranan | Semangat suka membantu serta member khidmat secara sukarela tanpa mengharapkan ganjaran atau upah daripada komuniti | · Aktiviti gotong-royong peringkat sekolah yang melibatkan PIBG · Membantu orang sakit atau ditimpa kemalangan · Melawat kawasan di luar sekolah seperti kilang-kilang yang berhampiran · Member khidmat sukarela di rumah kebajikan, rumah orang tua, rumah orang buta dan hospital. · Gotong-royong kenduri · Beri makan kepada jiran/tolong jiran · Ziarah kematian – ucap takziah |
Subscribe to:
Posts (Atom)



